Medan Ikan Bakar Jeram
Genap setahun tak update blog..
Wikimapia : http://wikimapia.org/#lat=3.2258374&lon=101.3089878&z=16&l=0&m=b&v=8&show=/8406936/ms/Medan-Ikan-Bakar-Jeram
Pari bakar + Tomyam Campur + Sotong Goreng Tepung
+ 3 Nasi Kosong + Teh Tarik + Air Tembikai = RM30
Kali ni nak warm-up dengan sekeping foto suasana Medan Ikan Bakar di Kg. Jeram,Selangor.anda boleh datang ke sini melalui Jalan Kuala Selangor dari arah Kuala Selangor,juga melalui hiway LATAR dari Kuala Lumpur (tol RM12 pegi-balik) anda akan jumpa lokasi ini selepas pekan Sg. Buluh (bukan Sg. Buloh dekat Damansara) lihat signboard ''Kg Jeram'' sebelah kanan,belok kanan dan terus pandu hingga ke pantai.pilihan lain ialah,anda boleh lalu jalan Kapar (jika dari Shah Alam,Klang,Banting,etc).ada beberapa restoran/gerai untuk anda.foto di atas (16/12/2012) adalah di restoran Medan Ikan Bakar.macam biasa,jika anda datang pada hujung minggu atau cuti sekolah atau hujung bulan,anda perlu berbaris pilih ikan/makanan laut..dan kena tunggu lebih setengah jam untuk dapat makanan anda.kemudahan tandas,surau,wifi disediakan percuma.. yang minat sunset,silakan bawa kamera.. ada cun?
Wikimapia : http://wikimapia.org/#lat=3.2258374&lon=101.3089878&z=16&l=0&m=b&v=8&show=/8406936/ms/Medan-Ikan-Bakar-Jeram
Comments