MMER 2010

Ini kali ke-3 aku pegi tengok MMER (Malaysia Merdeka Endurance Race).
Kalau dulu,race akan bermula 12 tengah hari dan berakhir 12 tengah malam,
kali ini akan bermula sebaliknya.
race sekarang juga berlangsung pada 7hb Ogos,bukan 30hb Ogos seperti dulu,tapi
tetap dalam format race 12 jam tanpa henti.
1 team baisanya mempunyai 3 pemandu dan beberapa krew teknikal.kereta? 1-2 buah.
dalam race,tak kisah siapa di depan,janji dapat buat pusingan terbanyak :
dia lah pemenang (biasanya 300 laps)

Malangnya, tidak seperti dulu,sekarang dah tak ada kategori B & C..
khas untuk kereta bawah 2.0cc
kalau tak,bole lah tengok civic 1.6,waja,wira,swift,sentra,satria,putra,corolla..








Juara Kategori (mengikut kategori/kelas)

1. GT Class : Team Arrow Racing - Lamborghini Gallardo LP560

2. Sports Production : Tracy Sports - Honda S2000
3. Super car Touring Production : Honda Malaysia Racing Team - Honda Civic 2.0 Type R

Comments

Popular Posts