Bangunan Parlimen & Istana RM1.8 Billion





Apa yang anda lakukan dengan RM1.8 Billion? macam-macam bukan?
sama lah dengan dorang ni.. dah tak tau nak buat apa,buat lah cadangan nak buat Bangunan Parlimen & Istana bernilai RM1.8 Billion.. bukan sikit tu.
konon-konon 'ada kerja' lah tu.

Kan dua-dua bangunan masih elok lagi? kenapa perlu keluar duit sebanyak itu?
bukan lah kolot,tapi cukup lah sekadar membuat renovation apa yang patut,tak payah lah buang duit sebanyak itu.minggu ni dah robohkan penjara Pudu,dulu nak robohkan Stadium Negara..lepas ni nak robohkan Bangunan Sultan Abdul Samad lah kot! konon-konon nak memberi laluan kepada pembangunan @ dengan kata lain memberi laluan untuk buat duit.konon-konon robohkan penjara Pudu boleh lengangkan KL..

Semalam,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz memohon maaf di Dewan Rakyat kerana silap beri maklumat berhubung cadangan memindahkan bangunan Parlimen ke Putrajaya. cadangan nak buat Parlimen RM800 Juta pun boleh silap,nanti silap kiraan pula,lepas tu cakap silap pasaran pula kerana harga batu,simen,besi,tisu,pemadam,pembaris naik,yang menjadikan kos pembinaan naik!

Dalam dok sibuk nak tarik balik pelbagai subsidi,dok sibuk pula nak buat projek bollion-billion!
tau lah duit cukai banyak,tapi jimat-jimar lah sikit..duit rakyat tu!

Comments

Popular Posts