Tg Simpang Mengayau (The Tip Of Borneo)



Dataran Tg Simpang Mengayau


Akhirnya,aku sampai jua ke Tg Simpang Mengayau
(The Tip Of Borneo) ,Kudat,Sabah..Mei lalu
wajah-wajah alam yang biasa aku nampak di blog,akhbar,intenet
kini di depan mata aku..

Perjalanan 4 jam dari Kota Kinabalu rasa berbaloi apabila disaji dengan pemandangan yang indah..cuma panas terik buat tekak bagai kontang..
Mula-mula aku dan rombongan singgah di kawasan pantai,sebelum ke dataran.di pantai,anda boleh buat pelbagai aktiviti berbanding di dataran.. anda boleh berenang,snukeling,bbq,bersukan,baring-baring dan sebagainya..

Setelah puas berpossing pelbagai angle,kami terus ke dataran.
Jadi,apa yang menarik di sini?
sebenarnya Tg Simpang Mengayau (The Tip Of Borneo) ini adalah kawasan paling hujung kepulauan Boneo bahagian utara.
ia terletak di 'tanduk' pada peta Sabah itu sendiri.
di dataran,anda akan nampak pandangan luas lautan Sulu dan Laut China Selatan,selain beberapa pulau seperti pulau Bangi dan pulau yang
menempatkan rumah api.

Monumen

selain itu,anda akan berpeluang pantai dan formasi batu semulajadi,monumen bulat,beberapa keterangan sejarah.jangan lupa turun ke bawah (paling hujung) kerana walaupun terdapat papan tanda amaran,anda akan rugi jika tidak turun ke kawasan berbatu.. sebenarnya , itu lah tanah paling hujung kepulauan Borneo.di bawah tu,anda boleh nampak pelbagai formasi batu yang sangat cantik..

cakap banyak tak guna..datang la ke sana..

Pemandangan pantai dari dataran


kawasan berbatu penghujung Tg Simpang Mengayau (The Tip Of Borneo)


Cenderamata dijual di sekitar lokasi


compressed shell




Comments

Popular Posts