Isu Perkataan ALLAH

antara agama,perlembagaan & emosi

Isu perkataan ALLAH telah masuk ke episod baru..episod yang sedikit membara dan dipenuhi gelagat,dramatik dan emosi

sedar atau tidak,dalam tempoh beberapa hari ini,iaitu selepas mahkamah memutuskan perkataan ALLAH boleh digunakan oleh Herald-The Catholic Weekly,akhbar Melayu dan stesen tv giat menyiarkan isu ini sebagai tajuk utama,siap dengan kronologi isu,malah komen dan ulasan para pendemo serta orang-orang tertentu termasuk pemimpin pemerintah dan pembangkang.

TV3 misalnya,dengan begitu ghairah isu ini diutamakan 'secara lengkap' dengan video NGO-NGO yang menghantar memorandum di hampir setiap negeri..yang berdemo seolah-olah bala tentera yang ingin berperang! nak berperang dengan siapa? dengan mahkamah? tak puas hati dengan pihak penerbit akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly itu? TV3 menyiarkan di antara 10-15 minit paparan isu ini..sedangkan,tv lain semua menyiarkan secara ringkas.mahu jadi hero kah TV3? mahu glamor kah?

Kenapa TV3 perlu menyiarkan demo tersebut secara panjang? kenapa perlu ulasan dan komen secara lebar dari pihak-pihak NGO dan pihak tertentu? kenapa perlu NGO ini emosi yang teramat sangat? kenapa seperti hendak berjihad?

Mana pergi semangat '1 Malaysia'? sudah gagal kah ia? sudah ditolak tepi kah ia? dan kenapa terlalu banyak pihak yang cuba menegakkan sesuatu? bukan kah ia perlu diselesaikan secara undang-undang dan waras oleh KDN sahaja! dan bukannya demo jalanan dengan desakan-desakan..

Kan lebih senang jika mereka membiarkan pihak KDN & JAIS sahaja yang uruskan? atau dialog di antara ahli agama Islam & Kristian dilakukan,itu lebih baik dan bertatasusila seperti di dalam rukun negara.

Jadi,biarkan saja undang-undang yang menentukannya,tak perlu demo sana,demo sini..

AGAMA ADALAH PANDUAN HIDUP..AGAMA BUKAN UNUTK DI FANATIKKAN




Comments

OM said…
NBL,

Harap maklum, Mahkamah TIDAK memutuskan boleh atau tidak kalimat 'Allah' dipergunakan oleh the Herald tetapi mahkamah membatalkan arahan kementerian ynag menghalang the Herald mengunakan kalimat Allah.
Admin said…
mahkamah soal kedua..
tapi soal kecoh sana sini itu yang memalukan..

Popular Posts