Adat BISAYA - 'Nobok Telingo'
Kaum BISAYA di Sarawak mempunyai banyak adat dan upacara/majlis tersendiri
kali ini saya bawakan adat 'Nobok Telingo' (tindik telinga).
adat kaum BISAYA ini dibawa dalam upacara/majlis yang ringkas dan santai.
saya tidak begitu arif mengenai adat ini,namun ia lebih kepada proses
kematangan/pendewasaan gadis remaja.
upacara/majlis ini amat jarang diadakan berikutan peredaran zaman.
namun pada masa dulu,ia adalah adat kebanggaan kaum BISAYA,
dan hanya diadakan oleh golongan berada.
sanak saudara atau rakan-rakan akan dijemput,dijamu dengan hidangan
seperti majlis-majlis lain,tapi ia lebih istimewa dengan tambahan hidangan
dan makanan kaum BISAYA seperti kuih 'penjaram','kelupis','nubor lopot,'dadi' dan sebagainya.
tetamu juga akan dihiburkan dengan paluan gong dan alat
muzik BISAYA yang lain..
juga beberapa das tembakan ke udara..
Berikut adalah video yang saya rakam (di Batu Danau,Limbang,Sarawak) ketika saya
pulang Krismas disember 2007..
Comments